LATAR BELAKANG HOSPITAL RAJA PEMAISURI BAINUN.
Sejarah Hospital Raja Pemaisuri Bainun bermula pada tahun 1891 sebagai Hospital Daerah dengan dikenali sebagai hospital Ipoh dengan kapasiti sebanyak 50 buah katil sahaja. Kemudian, Hospital ini dinaiktarafkan sebagai Hospital Negeri Pada tahun 1942. Bangunan utama 8 tingkat siap dibina pada tahun 1980.Pembangunan lain termasuk kompleks Klinik Pakar (tahun1992) dan Kompleks Rawatan Harian (tahun2005). Pada khamis, 12 Jun 2008, nama hospital telah ditukar daripada Hospital Ipoh kepada Hospital Raja Pemaisuri Bainun.
Terkini hospital ini merupakan hospital Kementerian Kesihatan Malaysia yang ketiga terbesar selepas Hospital Kuala Lumpur dan Hospital Pulau Pinang dengan kepasiti 990 buah katil, 16 dewan bedah,16 katil unit rawatan rapi dewasa, 8 katil unit rawatan jantung, 17 katil unit rawatan rapi kanak-kanak(PICU) dan 20 katil unit rawatan neonatal.

BANGUNAN HOSPITAL BARU. |
Hospital ini menyediakan perkhidmatan kepakaran
dalam semua bidang kepakaran asas dan juga sub kepakaran seperti nefrologi,
perubatan respiratori, hematologi, bedah neuro, pembedahan plastik, dan
pediatrik surgeri. Perkhidmatan pengimejan dilengkapkan dengan peralatan MRI CT
scan dan mesin mammography.
Hospital Raja Permaisuri Bainun ini juga berfungsi
sebagai hospital latihan untuk penuntut perubatan, pelatih jururawat dan
anggota kesihatan bersekutu dari institut pengajian tinggi awam dan swasta.
Hospital ini juga merupakan hospital latihan untuk doktor siswazah.
Bagi aspek pencapaian
kualiti, Hospital ini telah menerima anugerah sijil MS ISO 9001 pada tahun 2005
dan sijil akreditasi hospital pada tahun 2006. Hospital ini juga telah diberi
status hospital rakan bayi sejak tahun 1996.
LATAR BELAKANG UNIT IT
Unit Teknologi
Maklumat (ICT) adalah salah satu dari unit di bawah Pejabat Pengurusan Hospital
Raja Permaisuri Bainun yang berada di aras 3 Kompleks Rawatan Harian HRPB. Unit
ini telah ditubuhkan pada awal tahun 2004 dengan pengisian perjawatan Penolong
Pegawai Sistem Maklumat dan Juruteknik Komputer.
ICT ditubuhkan
adalah bertujuan untuk meningkatkan tahap kecekapan perlaksanaan program ICT
melalui selenggaraan sistem aplikasi, peralatan komputer, perkhidmatan nasihat
rundingcara perolehan produk ICT dan aktiviti-aktiviti celik komputer di
kalangan warga hospital.
CARTA ORGANISASI
MISI
Melahirkan individu, keluarga dan masyarakat yang sihat melalui sistem kesihatan yang adil dan saksama, cekap dan mampu disedia dan diperolehi, berteknologi sesuai dan serasi pelanggan. Hospital ini akan mengutamakan kualiti, inovasi, promosi kesihatan, hormat kepada kemuliaan insan serta menggalakkan tanggungjawab individu dan penyertaan masyarakat ke arah peningkatan mutu kehidupan.
OBJEKTIF
Memberikan perkhidmatan diagnostik, rawatan, rehabilitasi dan pendidikan kesihatan yang berkualiti dan berkesan.Pesakit yang memerlukan rawatan yang tidak didapati di sini akan dirujuk ke hospital yang mempunyai rawatan tersebut.Semua pesakit akan dirawat dengan kemesraan, keikhlasan, dan penghormatan.Maruah pesakit sentiasa dijagai. Semua maklumat pesakit akan dirahsiakan dan akan dikemukakan kepada pihak tertentu dengan keizinan pesakit atau mengikut kehendak undang-undang.Pesakit akan diberi penerangan berkenaan perawatan dan prosedur yang dicadangkan atau alternatifnya serta risiko yang terlibat.
CARTA ORGANISASI
VISI
Pusat Kecermerlangan Perubatan

LOGO
No comments:
Post a Comment